Menu
Your Cart

Tentang Kami

GARESU JIDOSHA AUTOPARTS merupakan sebuah  syarikat milik bumiputera yang  Beralamat di 326 A,SEC 57,JALAN PASIR  TUMBOH, KG CHICHA,16150 KOTA BHARU,KELANTAN.

Ditubuhkan pada May 2012 , Dengan tujuan mengembangkan  perkhidmatan auotomotive  spare part dan pusat servis Automotif  sistematik (3s)Traning Center & kerja kraftangan (bengkel).Dengan pengalaman yang sedia ada dalam bidang perkhidmatan  automatif  am bagi kawasan sekitar kelantan . GARESU JIDOSHA AUTOPARTS  akan  memberi  satu bentuk perkhidmatan yang berkesan, berkualiti dan mesra pelanggan.

Dengan menyedari bahawa Projek Pembangunan Bersepadu berkonsepkan bawah satu bumbung dalam perkhidmatan automotif merupakan suatu  inisiatif baru yang mana  merupakan idea dan konsep PIONER terhadap permintaan dan  modal insan sama ada mahir atau tidak mahir.

Syarikat yang ditubuhkan pada  May 2012  dan di uruskan oleh En Yunus Bin Haron yang merupakan salah seorang peserta Briged usahawan MARA 1994,PERNIAGAAN BENGKEL OTOMOTIF BERSISTEMATIK 2019 dan Pusat Daya Pengeluaran Negara 1987 (Perabut) masih aktif  sehingga sekarang dan beliau telah menubuhkan  syarikat GARESU JIDOSHA AUTOPARTS.

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan membaik pulih,pemasanagn enjin dan alat ganti. Syarikat ini melebarkan sayapnya dengan menyediakan perkhidmatan import  alat ganti kenderaan ( half cut) seiring dengan keadaan dan permintaan.

OBJEKTIF, MISI DAN VISI SYARIKAT.

OBJEKTIF.

  • MENCARI PELUANG – PELUANG PERNIAGAAN BARU DAN   MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN SEDIA ADA DENGAN MENAMBAHKAN  LAGI BILANGAN CAWANGAN SEDIA ADA.

MISI.

  • MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DAN MEMBERI KEPUASAN PELANGGAN.
  • MEWUJUDKAN PERSAINGAN SIHAT KEPADA PERNIAGAAN AUTOMOTIF DENGAN YANG LAIN.
  • MEMUPUK PERSEKITARAN KERJA BERKUMPULAN DAN MENCAPAI MATLAMAT DALAM MENGHADAPI APA JUA CABARAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN.

VISI.

  • MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK BAGI MENJADI SEBUAH SYARIKAT YANG TERKENAL.
  • MENYEDIAKAN TENAGA KERJA  PEKERJA YANG BERTANGGUNGJAWAB  SUPAYA AKTIVITI SYARIKAT BERJALAN LANCAR.
  • MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA PELANGGAN

PERKHIDMATAN DAN PERNIAGAAN.

GARESU JIDOSHA AUTOPARTS ditubuhkan dengan matlamat untuk mencari, memperkenal, mengembang serta memajukan bidang tersebut. Penyediaan perkhidmatan berkualiti kepada para pelanggan selaras dengan perkembangan alaf baru yang menuntut taraf kesedaran pengguna yang lebih tinggi.

Selain daripada itu ianya juga berhasrat menceburi bidang perniagaan secara lebih proktif dan efektif. Sasaran kerajaan agar lebih ramai bumiputera menceburi bidang perniagaan. Bagi menyahut cabaran ini pihak GARESU JIDOSHA AUTOPARTS telah mengatur pelbagai strategi secara tersusun dan terancang bagi memenuhi keperluan pengguna.

FALSAFAH PERNIAGAAN

  1. Perkhidmatan yang mesra pelanggan.
  2. Mengutamakan mutu serta nilai dalam semua aspek perkhidmatan.
  3. Berinovatif serta peka terhadap kehendak pelanggan.
  4. Memenuhi citarasa serta aspirasi pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN.

  1. Menjadikan pelanggan sebagai sahabat dalam melaksanakan tanggungjawab.
  2. Menghargai pendapat dan citarasa pelanggan.
  3. Mutu dan Kualiti makanan sebagai asas perniagaan dan perkhidmatan.
  4. Komited terhadap aspirasi pelanggan.
  5. Peka terhadap perkembangan perubahan masa dam sentiasa terkini.
  6. Menjadikan semua tenaga kerja sebagai satu pasukan yang kuat dalam melaksanakan tugas yang cekap.

HUBUNGI & LOKASI KAMI

Lokasi : Kubang kerian sblh Istana Negeri jln Pasir Tumboh 

Google : search " GARESU JIDOSHA AUTOPARTS 

Facebook : https://www.facebook.com/KeretaPotongHalfCutKelantan/

Peta Lokasi : https://g.co/kgs/txeuiZ

Atau boleh hubungi kami di talian : 09 764 4663

Lihat Senarai Barang Halfcut di kedai kami